New!!!

Saturday 25 November 2023

RESIPI SERUNDING IKAN BILIS

 Sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis, enak dinikmati, mudah dan cepat disediakan.


Bahan-Bahan:

* 1/2 kg ikan bilis (dikisar kasar & asingkan)

* 2 senduk cili giling (ikut pedas)

* 200ml santan

* garam & gula secukup rasa

* 1 keping asam gelugor

* minyak secukupnya


Bahan Kisar:

* 1 biji bawang besar

* 2 ulas bawang putih

* 2cm halia

* 2cm lengkuas

* 1 sudu kecil ketumbar

* 1 sudu kecil jintan manis

* 1 sudu kecil jintan putih

* 6 batang serai (dihiris)


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling. Masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan ikan bilis, santan, garam dan gula secukuo rasa.

4. Kacau selalu supaya tidak hangit dan sehingga agak kering dan ringan.

5. Akhir sekali masukkan asam gelugor & sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Thank you.

Popular Posts