New!!!

Saturday 30 September 2023

CARA SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) AKAUN BANK DI EGUMIS

Ada wang yang tidak dituntut. Anda boleh klik dan  layari https://egumis.anm.gov.my/.


eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System telah dilancarkan pada Januari 2020 bagi memudahkan semakan wang yang tidak dituntut bagi individu dan syarikat/ firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat..

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:


Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Langkah 6 : Klik "Cetak", jika perlu.



Popular Posts