My Copy Stop
Thursday 2 May 2024
Saturday 25 November 2023
RESIPI SERUNDING IKAN BILIS
Sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis, enak dinikmati, mudah dan cepat disediakan.
Bahan-Bahan:
* 1/2 kg ikan bilis (dikisar kasar & asingkan)
* 2 senduk cili giling (ikut pedas)
* 200ml santan
* garam & gula secukup rasa
* 1 keping asam gelugor
* minyak secukupnya
Bahan Kisar:
* 1 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 2cm lengkuas
* 1 sudu kecil ketumbar
* 1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih
* 6 batang serai (dihiris)
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bilis, santan, garam dan gula secukuo rasa.
4. Kacau selalu supaya tidak hangit dan sehingga agak kering dan ringan.
5. Akhir sekali masukkan asam gelugor & sedia untuk dihidang.
Saturday 30 September 2023
CARA SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) AKAUN BANK DI EGUMIS
Ada wang yang tidak dituntut. Anda boleh klik dan layari https://egumis.anm.gov.my/.
eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System telah dilancarkan pada Januari 2020 bagi memudahkan semakan wang yang tidak dituntut bagi individu dan syarikat/ firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat..
Pemohon boleh membuat semakan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
Langkah 6 : Klik "Cetak", jika perlu.
Wednesday 19 October 2022
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Popular Posts
-
Bagaimana anda menghantar anak-anak anda ke sekolah? Anda yakin dengan perkhidmatan pengangkutan yang anda gunakan? Masih ramai d...
-
Cara Tukar Tempat Mengundi SPR Terdapat 3 cara untuk anda kemaskini alamat tempat mengundi iaitu: 1. Permohonan pertukaran Bahagian Pilihan ...
-
Ada wang yang tidak dituntut. Anda boleh klik dan layari https://egumis.anm.gov.my/ . eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money In...