New!!!

Monday 20 June 2016

PERMOHONAN PERMIT VAN SEKOLAH

         Bagaimana anda menghantar anak-anak anda ke sekolah? Anda yakin dengan perkhidmatan pengangkutan yang anda gunakan?  Masih ramai di luar sana setia pada van yang tidak bepermit... Bagaimana jika berlaku kemalangan? Adakah ada insurans akan melindungi anak-anak anda. Fikirkanlah sejenak wahai ibu bapa yang perihatin...

       Bagi pemandu-pemandu van tidak bepermit pula, mungkin ada yang masih tidak tahu bagaimana caranya untuk memohon permit van sekolah. Ada juga di kalangan mereka yang merasakan sukar untuk meluangkan sedikit masa untuk membuat permohonan. Sebilangan besar merasakan malas untuk berurusan dengan APAD (Agensi Perkhidmatan Awam Darat) dan tidak sanggup untuk memenuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh APAD.

Kebaikan memohon permit van sekolah:
  1. Insurans disediakan bagi melindungi penumpang
  2. Kenderaan juga berada dalam keadaan selamat oleh PUSPAKOM 
  3. Semua kelengkapan keselamatan disediakan oleh pemandu
  4. Kenderaan juga didaftarkan dan tidak berlaku penyalahgunaan permit
Cara memohon permit van sekolah:
  1. Pastikan anda sudah mendafatar peniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM)
  2. Sila layari laman web APAD atau klik borang pendaftaran permit van sekolah untuk muat naik turun borang permohonan van sekolah.
  3. Isi borang dengan lengkap dan boleh hantar ke pejabat APAD terdekat.
  4. Sila lampirkan semua dokumen yang diperlukan seperti:
  • Bayaran proses permohonan sebanyak RM10.00 bagi setiap permit kenderaan yang dipohon
  • Salinan SSM/Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Sijil Pendaftaran Koperasi
  • Dokumen pengesahan meletakkan kenderaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah & Galian (PTG), Felda/Surat Pengesahan Syarikat/Surat kebenaran pemilik tapak
  • Bukti kewangan (sekurang-kurangnya 30% dari jumlah harga kenderaaan); salinan penyata bank 3 bulan terkini dan diakui sah oleh pihak bank/salinan surat kelulusan pinjaman dari bank (jika ada)/salinan slip simpanan tetap (jika ada)/ salinan sumber-sumber lain kewangan seperti ASB/Tabung Haji dan lain-lain.
  • Surat wakil (jika berkaitan)
  • Salinan Laporan teraudit tahunan yang terkini (untuk syarikat Sdn Bhd/Bhd yang mendapat Sijil Pengecualian Pertubuhan/Koperasi/Persatuan)
  • Salinan Penyata Untung Rugi peniagaan yang terkini ( untuk milikan tunggal & perkongsian)

6 comments:

  1. sy nk tnya klu nk wat pinjaman untuk beli van sekolah dimana ya?

    ReplyDelete
  2. Dimana nak buat pinjaman untuk beli van sekolah?

    ReplyDelete
  3. Salam, saya perlukan bantuan untuk permohonan warna korporat van sekolah swasta. Bole saya dapatkan contoh "SALINAN KONTRAK YANG MASIH SAH atau SURAT KEBENARAN MENGGUNAKAN WARNA KORPORAT"? Saya kurang jelas dengan permohonan ini. Call SPAD dah hampir sebulan mmg takda yang menjawab tu masalahnye sekrg nak tye apa2 susah. Ada sesiapa yang boleh membantu saya

    ReplyDelete
  4. Nak buat pinjaman van sekolah mcm mana dan dimana

    ReplyDelete
  5. Syarat macam nak buka sykt komersial😠😠😠😠😠

    ReplyDelete
  6. Saya nak jadi pengusaha bad sekolah.

    ReplyDelete

Thank you.

Popular Posts