New!!!

Wednesday 19 October 2022

CARA TUKAR TEMPAT MENGUNDI SPR

Cara Tukar Tempat Mengundi SPR
Terdapat 3 cara untuk anda kemaskini alamat tempat mengundi iaitu:
1. Permohonan pertukaran Bahagian Pilihan Raya di Ibu Pejabat SPR atau SPR Negeri
2. Hadir ke Pejabat Pos bersama kad pengenalan
3. Daftar secara atas talian di laman web MySPR
CARA TUKAR TEMPAT MENGUNDI ONLINE
1. Sila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login

2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
4. Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
5. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
6. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
7. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
8. Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ..⬅️Klik link untuk mengetahui butir-butir terperinci dan lengkap tempat mengundi anda. 

Popular Posts