New!!!

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

Nota Tambahan: Nota ringkas Sejarah Tingkatan 1

BAB 1: MENGENALI SEJARAH

1.1 PENGERTIAN SEJARAH

* Bahasa:
- Asal perkataan Arab "Syajaratun" beerti pokok.
- Juga disebut salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul

* Kamus Dewan:
- asal usul (keturunan), salasilsah
- peristiwa benar yang berlaku pada waktu lampau,kisah,riwayat dan tambo.
- kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang telah berlalu

* Bahasa Inggeris: 
- history
- cerita tentang seseorang.
- asal dari bahasa Yunani bererti penyelidikan

1.2 PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEJARAWAN

1. Herodotus 
- "Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa".
- Mula menggunakan perkataan "penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman".
- Karya : Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War).
- ditulis berdasarkan peristiwa benar yang berlaku.

2. E.H. Carr   
- "Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau".
- Tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan.
- Karya: What is History?

3. Ibn Khaldun
- "Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu".
- Menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif hingga kehidupan di bandar.
- Karya: Muqaddimah (mengandungi 6 bab)

4. Khoo Kay Kim
- "Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahahmi apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang".
- Mengkaji sejarah Malaysia.

5. Muhd Yusof Ibrahim
- "Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan atau pun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu".
-Mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah.
- Karya: Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi

1.3 MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH

#Masa silam 
- rentetan peristiwa yang telah berlaku.
- berdasarkan urutan masa iaitu kronologi-rentetan peristiwa yg berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terkakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
- Terbahagi kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), alaf (1000 tahun)
- Boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi(M)-kelahiran Nabi Isa a.s.
- Ruang dalam sejarah- mendorong sejarawan membahagikan penulisan kepada tema tertentu seperti politik, ekonomi dan sosial.
- Dalam sejarah Malaysia ruang masa dibahagikan kepada beberapa tempoh masa,seperti era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa-kuasa luar dan kemerdekaan negara. 

1.4 SUMBER SEJARAH

1. Sumber Primer 
- belum diolah atau diterbitkan
- bersifat asli
- belum ditafsir
- Contoh: Fosil, Artifak, Bukan Artifak, Batu Bersurat, Keterangan Lisan,Dokumen Rasmi, Manuskrip, Fail Rasmi Jabatan, Surat Peribadi, Diari

2. Sumber Sekunder
- Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
- Bahan tersebar kepada umum
- Contoh: Buku, Akhbar, Majalah, Jurnal, Ensiklopedia, Risalah

# Artifak
- peralatan ciptaan manusia yg digunakan utk perburuan,pertanian dan perdagangan.
- diperbuat daripada batu, kaca dan logam
- Contoh: Artifak loceng gangsa di Kampung Pencu, Muar, Johor-hubungan perdagangan dgn Kerajaan Funan- 150 tahun Masihi.

# Bukan Artifak
- Data arkeologi berkaitan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan.
- Contoh: Candi Lembah Bujang-pengaruh Hindu dan Buddha serta hubungan perdagangan antara India dengan Kedah.

# Ensiklopedia
- Bahan berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.
- Contoh: The Encyclopedia of Malaysia - bertemakan; sejarah awal, sejarah moden awal, arkitektur, laut dan tumbuh-tumbuhan. 

(update 07/08/2020)

1.5 Penyelidikan dalam Sejarah

1. Kaedah Bertulis
  • Mendapatkan maklumat dari sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun, kayu, logam, kertas dan gading.
  • Dapat membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan dan adat resam. Antara sumber bertulis;
    • Daun lontar-bahan penulisan masyarakat tradisional di Asia Tenggara untuk mengetahui sejarah masa lalu dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, keagamaan dan perubatan.
    • Batu bersurat Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi menceritakan perihal hukum Islam dan membuktikan agama Islam telah bertapak awal di negara ini.
     Proses Kaedah Bertulis
  • Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi- sebagai contoh; sejarah negara kita mungkin boleh didapati di negara kita, Portugal dan Belanda. Sumber bertulis ini juga boleh didapati dalam bahasa lain seperti Sanskrit, Cina dan Inggeris.
  • Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut-Penyelidik perlu ke tempat simpanan sumber seperti muzium, arkib atau perpustakaan. Bantuan dari ahli paleografi dan epigrafi mungkin diperlukan untuk mentafsir maklumat tersebut.
  • Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh-Bahan atau sumber rujukan yang telah didapati harus dikumpulkan di suatu tempat.
  • Menggunakan peralatan yang sesuai (seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi)-Penggunaan peralatan seperti komputer untuk menganalisis data dan sumber, menyunting penulisan, disamping menyusun bibliografi dan statistik.
  • Menganalisis-Keupayaan sejarawan menganalisis dan memberikan perspektif baharu terhadap sesuatu peristiwa sejarah, serta mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian lepas terhadap peristiwa yang sama.
2. Kaedah Lisan
  • Merupakan hasil temu bual dengan seseorang    
  • Maklumat diperolehi melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan.
  • Kelemahan: boleh ditokok tambah, terdapat unsur dongeng, mitos dan legenda.
  • Tiga tahap kaedah lisan:      
    • Tahap Pertama: Persediaan
      1. Menentukan tokoh
      2. Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual
      3. Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah
    • Tahap Kedua: Rakaman temu bual
      1. Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu.
      2. Meyakinkan tokoh untuk memberi kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian.
    • Tahap Ketiga: Memproses rakaman
      1. Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman.
      2. Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis
      3. Menyimpan rakaman dengan baik
3. Kaedah Arkeologi
  • Mendapatkan maklumat berdasasrkan kajian saintifik
  • Ahli arkeologi mendapatkan dari bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses cari gali.
  • Hasilnya, tafsiran dan pentarikhan tentang budaya masayarakat dapat dibuat.
  • Contoh; fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada tembikar, logam dan kulit siput.
  • Proses aktiviti cari gali;
    1. Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan.
    2. Menandakan kawasan berdasarkan pelan.
    3. Ekskavasi dengan mencatat semua penemuan.
  • Kerja-kerja di makmal arkeologi:
    1. Pemunggahan dan pengisihan.-mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak dijumpai.
    2. Pembersihan dilakukan sebelum dikaji.
    3. Pengkatogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan.
    4. Penganalisian bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak

  • Apa itu arkeologi bawah air?
    • Kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik.
    • Segala khazanah warisan kapal karam yang tenggelam ke dasar laut perlu dikaji dan direkod.
    • Arkeologi bawah air merupakan bidang kajian baharu di Malaysia dan semakin mendapat perhatian.
    • Jabatan Warisan Negara dan beberapa buah universiti awam seperti Universiti Malaysia Sabah berperanan terhadap pembangunan arkeologi bawah air.

1.6 Pentafsiran Sejarah

  • Tafsiran dalam sejarah beerti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.    
  • Tafsiran sejarah menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
  • Tafsiran antara sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan, disebabkan:
    • pemilihan sumber yang pelbagai
    • perbezaan pandangan
    • perbezaan ideologi
    • tujuan penulisan
  • Kepentingan tafsiran dalam sejarah:
    • Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
    • Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama, tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.
    • Mendorong kita berfikiran terbukan dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
  • Contoh: 
    1. Sebab peristiwa pembunuhan J.W.W Birch
      • Sejarawan Barat       : Memperkenalkan cukai
      • Sejarawan Tempatan: Mengambil alih kuasa
                2. Sebab kedatangan British ke Tanah Melayu
      • Sejarawan Barat       : Faktor Kemanusiaan
      • Sejarawan Tempatan: Faktor Ekonomi      

1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah

  • Mengenal asal-usul
  • Mengambil iktibar
  • Memupuk patriotisme
  • Mengukuhkan perpaduan
  • Membangunkan negara bangsa
  • Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah    



34 comments:

  1. Terima kasih semua sebab ade nota ringkas ni senanglah sikit nanti nak buat nota semua dah ade dalam ni kan (THANK YOU) gusy

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab bagi kongsi nota-nota ini kalau tiada nota-nota ini saya tidak akan tahulah bagaimana tentang (pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan) "TERIMA KASIH" THANK YOU GUYS

    ReplyDelete
  3. Can u add about penyelidikan dalam sejarah

    ReplyDelete
  4. Can u add about penyelidikan dalam sejarah

    ReplyDelete
  5. It's very good for me and my notes for pt3 this year.. Tq so much💜

    ReplyDelete
  6. It's very good for me and my notes for pt3 this year.. Tq so much��

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak2.. semoga dimurahkan lagi rezeki..

    ReplyDelete
  8. Thank you for the complete informarion.

    ReplyDelete
  9. This is very usefull to my sejarah exam

    ReplyDelete
  10. It is very helpful.Thank you

    ReplyDelete
  11. tq, senang nak wat keje UvU.

    ReplyDelete
  12. THANK YOU SO MMUCH NI SGT MEMBANTU SYE

    ReplyDelete
  13. Apakah perbezaan ciri ciri sumber artifak dengan sumber bukan artifak

    ReplyDelete
  14. Sangat bermaafaat...😊☺️❤️💜

    ReplyDelete
  15. Thanks this is gonna help me with my form 1 final exam

    ReplyDelete

Thank you.

Popular Posts