New!!!

Sunday, 28 May 2017

PERMOHONAN EPJJ UITM SECARA ONLINE

        Untuk makluman Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membuka sesi pendaftaran secara online di https://online.uitm.edu.my/ined/ bagi program Pengajian Jarak Jauh (ePJJ) Diploma dan Sarjana Muda juga Pra/Diploma (sepenuh masa). Semua maklumat mengenai sesi pengambilan dan tarikh tutup boleh didapati di link di atas.

        Bagi anda yang bekerja dan tidak berkemampuan boleh memohon pengecualian yuran pengajian bagi melanjutkan pelajaran menerusi mod fleksible secara separuh masa di peringkat Diploma/ Sarjana Muda. Klik link http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/mdab/ untuk maklumat lanjut dan pendaftaran secara online. Ianya terbuka kepada pelajar sedia ada/pemohon baru bagi peringkat Diploma/Sarjana Muda separuh masa yang berkelayakan seperti di bawah:
     

Tuesday, 23 May 2017

SAPS: SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH RENDAH MENENGAH SAPS

            Mungkin ramai ibu bapa masih belum tahu cara untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah. Di sini saya tunjukkan cara-cara yang betul untuk menyemak sendiri keputusan anak-anak anda secara online:


Isikan semua maklumat dan pastikan tepat
  1. Anda akan dibawa ke Menu Utama...
  2. Di paparan Keputusan Peperiksaan: klik jenis peperiksaan
  3. Di paparan Analisis Markah terdapat 2 kotak iaitu:
    • Papar slip keputusan (memaparkan markah semasa/terkini)
    • Papar markah peperiksaan (memaparkan semua ujian yang diambil)


Tuesday, 21 June 2016

ORIGAMI KOTAK SEGIEMPAT

          Amat sesuai dijadikan hadiah pada hari guru, hadiah hari jadi dan cenderahati. Origami mudah dan murah bagi sesiapa yang bercadang untuk menghasilkan kreativiti sendiri. Apa lagi cuba buat origami ini, mana tahu boleh dijadikan hasil pendapatan suatu hari nanti.... belum cuba belum tahu. Boleh dibuat dari pelbagai saiz yang diingini.

Monday, 20 June 2016

PERMOHONAN PERMIT VAN SEKOLAH

         Bagaimana anda menghantar anak-anak anda ke sekolah? Anda yakin dengan perkhidmatan pengangkutan yang anda gunakan?  Masih ramai di luar sana setia pada van yang tidak bepermit... Bagaimana jika berlaku kemalangan? Adakah ada insurans akan melindungi anak-anak anda. Fikirkanlah sejenak wahai ibu bapa yang perihatin...

       Bagi pemandu-pemandu van tidak bepermit pula, mungkin ada yang masih tidak tahu bagaimana caranya untuk memohon permit van sekolah. Ada juga di kalangan mereka yang merasakan sukar untuk meluangkan sedikit masa untuk membuat permohonan. Sebilangan besar merasakan malas untuk berurusan dengan APAD (Agensi Perkhidmatan Awam Darat) dan tidak sanggup untuk memenuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh APAD.

Kebaikan memohon permit van sekolah:
  1. Insurans disediakan bagi melindungi penumpang
  2. Kenderaan juga berada dalam keadaan selamat oleh PUSPAKOM 
  3. Semua kelengkapan keselamatan disediakan oleh pemandu
  4. Kenderaan juga didaftarkan dan tidak berlaku penyalahgunaan permit
Cara memohon permit van sekolah:
  1. Pastikan anda sudah mendafatar peniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM)
  2. Sila layari laman web APAD atau klik borang pendaftaran permit van sekolah untuk muat naik turun borang permohonan van sekolah.
  3. Isi borang dengan lengkap dan boleh hantar ke pejabat APAD terdekat.
  4. Sila lampirkan semua dokumen yang diperlukan seperti:
  • Bayaran proses permohonan sebanyak RM10.00 bagi setiap permit kenderaan yang dipohon
  • Salinan SSM/Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Sijil Pendaftaran Koperasi
  • Dokumen pengesahan meletakkan kenderaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah & Galian (PTG), Felda/Surat Pengesahan Syarikat/Surat kebenaran pemilik tapak
  • Bukti kewangan (sekurang-kurangnya 30% dari jumlah harga kenderaaan); salinan penyata bank 3 bulan terkini dan diakui sah oleh pihak bank/salinan surat kelulusan pinjaman dari bank (jika ada)/salinan slip simpanan tetap (jika ada)/ salinan sumber-sumber lain kewangan seperti ASB/Tabung Haji dan lain-lain.
  • Surat wakil (jika berkaitan)
  • Salinan Laporan teraudit tahunan yang terkini (untuk syarikat Sdn Bhd/Bhd yang mendapat Sijil Pengecualian Pertubuhan/Koperasi/Persatuan)
  • Salinan Penyata Untung Rugi peniagaan yang terkini ( untuk milikan tunggal & perkongsian)

Popular Posts