New!!!

KEBAIKAN SOLAT DHUHA

Solat Dhuha merupakan solat sunat 2 rakaat dan boleh dilakukan sehingga 12 rakaat dengan selepas 2 rakaat diakhiri dengan satu salam. Ianya boleh dilakukan dari terbit matahari sehingga masuk waktu Zuhur iaitu dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Namun begitu kebanyakkan orang lebih gemar menunaikan solat Dhuha antara jam 8 pagi hingga 10 pagi. Bagi yang baru nak belajar bolehlah amalkan seperti ini; Rakaat pertama baca Al-Fatihah & surah Al-Kafirun, Rakaat kedua baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas. Selepas salam digalakkan membaca doa dhuha seperti di bawah.  Antara kelebihannya:


1. Merupakan Solat Sunat Yang Sangat Dituntut. Menurut riwayat Abu Hurairah: "Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



2. Dimurahkan Rezeki dan Dijauhkan Kemiskinan. Menurut Kitab An-Nurain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan".



3. Pengganti Sedekah. Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas  tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



4. Diampuni dosa. Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)






No comments:

Post a Comment

Thank you.

Popular Posts