New!!!

Proses Permohonan Pertukaran dan Penempatan Sekolah

Terdapat pelbagai alasan untuk anak-anak atau ibu bapa memohon untuk bertukar sekolah. Antaranya kerana berpindah, mempunyai masalah pembelajaran, masalah disiplin dan lain-lain lagi.

Ini akan melibatkan pelbagai proses yang akan melibatkan banyak pihak antaranya ibu bapa, pihak sekolah baru dan lama dan jabatan pelajaran negeri masing-masing.

Antara prosedur dan dokumen yang biasanya diperlukan adalah seperti dinyatakan di bawah:

DOKUMEN PERTUKARAN SEKOLAH DAN PENEMPATAN MURID

A. DOKUMEN BAGI URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA 



1.  Salinan Borang PU(A)275 Jadual 3 (diisi oleh pihak sekolah)

2.  Salinan surat beranak
3.  Salinan kad pengenalan murid

4.  Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga murid

5.  Salinan surat nikah// cerai/ surat kematian/ perakuan Pendaftaran

     Perkahwinan ibubapa

6.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa

     bercerai/berpisah (jika berkaitan)

7.  Surat Daftar Anak Angkat mengikut Seksyen 25 Akta

     Pengangkatan 1952 (jika anak angkat) 

Dokumen Tambahan : 

        1.  Laporan Disiplin pelajar jika pelajar ini mempunyai masalah disiplin
        2. kaunseling jika pelajar ini pernah dirujuk ke Kaunselor (sekiranya  
            pelajar ini tidak ada kaitan dengan 1 dan 2 di atas, sila nyatakan     
            pelajar ini tidak ada masalah disiplin/kaunseling, laporan tidak perlu
            disediakan) 

Nota Penting :
1. Empat salinan dihantar ke PPD yang berkenaan untuk mendapat
   kelulusan dan satu salinan untuk  pihak  sekolah.
2.Bagi sekolah menengah, sila nyatakan mata pelajaran elektif untuk
   PMR/pakej SPM dalam lampiran berasingan
3.Calon PTS/UPSR/PMR/SPM/STPM, sila pastikan permohonan
   pertukaran pusat peperiksaan diuruskan. 


B. DOKUMEN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID (SEKOLAH AGAMA/SEKOLAH PERSENDIRIAN/MOHON BELAJAR SEMULA) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (ASBS) .

1.  Dua salinan Borang ASBS
2.  Satu salinan surat beranak

3.  Satu salinan kad pengenalan pelajar

4.  Satu salinan surat berhenti sekolah rendah/menengah
5.  Satu salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR

6.  Satu salinan surat nikah ibu bapa
7.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah
     (jika berkenaan)

8.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan)


C. DOKUMEN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 4 DARIPADA CALON-CALON PERSENDIRIAN/SWASTA  KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN 

1.  Salinan Borang M
2.  Salinan surat beranak

3.  Salinan kad pengenalan pelajar

4.  Salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR
5.  Salinan kad pengenalan ibu bapa murid

6.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah 
     (jika berkenaan)

7.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan)
8.  Salinan Surat nikah/ cerai/ daftar kahwin/ surat kematian


**Semua DOKUMEN mestilah telah diSAHKAN oleh pihak berkelayakan**


No comments:

Post a Comment

Thank you.

Popular Posts