Dermasiswa B40 (DB40)
Program ini dilaksanakan untuk membantu pelajar-pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan keluarga
berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke
peringkat Diploma di Universiti Awam (UA) dan Politeknik. Bidang penajaan
berfokuskan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),
Kejuruteraan dan Teknikal, Sains, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial yang
dikenal pasti mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
- Warganegara
Malaysia;
- Pemohon
disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang
memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga
tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu
dan/ atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan
undang-undang oleh JPA;
- Menduduki
peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah
termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
- Umur
belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar
peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
- Pendapatan
per kapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Syarat Khusus
- Menduduki
SPM tahun semasa dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam
mana-mana tiga subjek lain yang diambil; dan
- Telah
mendapat tawaran di institusi pengajian tersebut.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Permohonan
- Permohonan dibuka dari 5 Ogos 2024 jam 2.00 petang sehingga 18 Ogos 2024 jam 5.00 petang. Klik sini...
- Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8885 3297 atau email dermasiswa2024@jpa.gov.my
- Waktu operasi Pusat Panggilan:
- Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 4.30 petang
- Rehat:
- Isnin - Khamis: 1.00-2.00 petang
- Jumaat : 12.15 - 2.45 petang
No comments:
Post a Comment
Thank you.