New!!!

CARA PENGELUARAN WANG KWSP

 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)/ EPF menyediakan perkhidmatan e-Pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua. Pengeluaran secara dalam talian melalui laman web rasmi KWSP (www.kwsp.gov.my) bagi ahli yang mempunyai i-Akaun. 




KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia/Penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP


CARA MEMOHON
  • i-Akaun (Ahli) - ahli yang berdaftar sebagai pengguna i-Akaun boleh membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian
  • i-Akaun (Rakan Niaga) - Ahli hadir ke premis Rakan Niaga KWSP untuk membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian.


JENIS PENGELUARAN

1. Pengeluaran Pra-Persaraan
  • Perumahan - Beli Rumah, Bina Rumah, Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan dan Mengurang/ Menjelaskan Baki Pinjaman Perumahan.
  • Pendidikan - Ahli mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Mengambil pinjaman dari IPP dalam negara
  • Kesihatan - Ahli menerima rawatan di institusi perubatan dalam negara.
  • Simpanan Melebihi RM1 JUTA - Ahli mempunyai simpanan melebihi RM1 juta.
  • Umur 50 tahun - Ahli berumur di antara 50 sehingga sebelum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 2
2. Pengeluaran Persaraan
  • Umur 55 tahun - Ahli berumur di antara 55 sehingga sebelum mencapai umur 60 tahun dan mempunyai simpanan KWSP dalam akaun 55
  • Umur 60 tahun - Ahli mencapai umur 60 tahun dan mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun Emas/ Akaun 55
  • Dividen Tahunan - Ahli mencapai umur melebihi 55 tahun dan ingin mengeluarkan dividen tahunan atas simpanan tahun sebelumnya.


CARA PENGELUARAN
  1. Log masuk - Daftar/ Log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP  (www.kwsp.gov.my)
  2. e-Pengesahan Identiti - Pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia)
  3. e-Permohonan - Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkan Transaction Authorisation Code (TAC) yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP.
  4. e-Pemprosesan dan Kelulusan - Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran. (Dalam keadaan khas dan tertentu, ahli perlu hadir ke pejabat KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari)
  5. e-Bayaran - Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.
  6. e-Komunikasi - Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli) (Ahli akan menerima makluman di Inbox i-Akaun dan SMS bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari/penghantaran dokumen (jika perlu) dan notifikasi SMS bagi status bayaran)

No comments:

Post a Comment

Thank you.

Popular Posts