A. Antara bentuk perniagaan di Malaysia adalah:
- Perniagaan Milikan Tunggal. Perniagaan Milikan Tunggal ialah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik.
- Perniagaan Perkongsian. Perniagaan Perkongsian ialah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) orang rakan kongsi.
B. Prosedur Pendaftaran:
- Nama Sendiri. Menggunakan nama sendiri seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contohnya; Ahmad bin Rashdan, Tan Mei Ling
- Nama Tred. Perniagaan yang bercadang menggunakan nama tred seperti Kedai Hati Girang, Paku Gemilang perlu mendapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.
C. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
- Nama perniagaan
- Tarikh permulaan perniagaan
- Alamat utama perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
- Maklumat pemilik dan rakan kongsi
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
D. Pastikan pemilik dan rakan kongsi menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
E. Kehadiran pemilik/semua rakan kongsi diwajibkan semasa urusan pendaftaran.
F. Lampirkan dokumen-dokumen yang perlu seperti dibawah:
- Surat kebenaran/Surat sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)
- Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.
G. Syarat untuk mendaftar:
- Pemilik mestilah warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
- Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
H. Bayaran Pendaftaran
- Perniagaan Pemilikan Tunggal (nama sendiri) - RM30.00
- Perniagaan Pemilikan Tunggal (nama tred) - RM60.00
- Pendaftaran Cawangan (setiap cawangan) - RM5.00
- Cetakan Maklumat Perniagaan - RM10.00
I. Panduan Am
- Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
- Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
- Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, kenteteraman awam atau prinsip moral.
- Perakuan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.
- Menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, seseorang boleh disabitkan kesalahan sekiranya menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab bagi mendapatkan lesen, permit atau surat kebenaran yang sewajarnya bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
No comments:
Post a Comment
Thank you.